Friday, 7 June 2013

Marcapada Dunia Kini...

   

  Assalamualaikum w.b.t ...setelah sekian lama blog saya ini terbengkalai dan sikit lagi mau berkulat, nasib baik hari ini ringan sikit tangan untuk membuat coretan dalam blog ini (ayat agak skema). Baiklah kali ini mau cerita sikit tentang tempat tinggal manusia seantero tempat iaitu "BUMI" atau “DUNIA” kita yang tercinta kurniaan daripada Ilahi. Seperti yang kita tahu bumi kita ini amanah daripada Allah dan kita telah ditaklifkan sebagai khalifah di muka bumi untuk memikul tanggungjawab ini.
  
Sepertimana mana firman Allah s.w.t di bawah ini:

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".


Manusia yang begitu ramai sekali di dunia ini dan semuanya adalah berasal daripada keturunan Nabi Adam a.s., daripada bilangan manusia yang sedikit ini dan boleh dibilang dengan mudah akhirnya bertambah menjadi beratus-ratus juta bilangan manusia di muka bumi ini. SubahanAllah...!! manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah. Firman Allah s.w.t:

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya." -Surah Al-Tin: Ayat 4     
      
   manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah kerana manusia dikurniakan akal fikiran dan hal ini tidak ada pada haiwan, gunung ganang mahupun tumbuh-tumbuhan. Akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t itulah yang menyebabkan manusia boleh mencipta sebuah tamadun yang hebat kerana akal membolehkan manusia berfikir dengan rasional. Disamping itu, akal manusia boleh hilang sekiranya akal lebih dipengaruhi emosi. Apabila emosi telah menguasai jiwa sudah pasti akal tidak dapat membuat pertimbangan dengan sewajarnya.-----à baru intro belum masuk isi sebenar entry. Hehe..

     Tadi saya telah nyatakan bumi kita ini telah mengalami banyak perubahan, tidak kiralah dari segi gaya hidup ataupun kemajuan teknologi pada masa kini. Saya ni suka memerhati di persekitaran dan lepas itu adalah kesimpulan-kesimpulan yang saya buat sendiri (memandai-mandai ja..) .Apa yang saya lihat itulah realiti kehidupan generasi A,B,C,D,E,F,G…….V, W, X “Y”, Z. Catatan sejarah dan sirah-sirah nabi adalah bukti perubahan manusia yang berlaku di muka bumi ini. Sekarang kita berada dalam abad ke-21 dan generasi muda yang ada pada masa kini di gelar sebagai generasi Y. Generasi Y adalah sebuah generasi yang terdedah dengan perkembangan sains teknologi yang begitu pesat seperti yang berlaku sekarang ini.
       Kalau dulu sekitar 60-an, 70-an, 80-an dan 90-an. Jika seseorang tu mahu mendengar muzik pasti dia akan beli radio ataupun “walkman”. Jika dia mahu telefon seseorang dia akan membeli telefon…senang cakap, seseorang tersebut pasti akan ada lebih daripada 1 gajet elektronik contohnya alat perakam suara, kamera, dan sebagainya. Berbanding zaman ICT yang begitu canggih sekarang ni…semuanya digabungkan dalam satu gajet sahaja.

Gajet-gajet yang dahulunya berpisah-pisah

Kamera filem
perakam suara

Telefon Atur 450

Radio atau "Walkman"
Perakam Suara




****
****
****

Dan kini semuanya digabungkan dalam satu sahaja..




         Memang banyak perubahan dah dengan keadaan dunia sekarang, dari sudut gaya hidup kita di bumi ini..boleh saya katakan mejoritinya telah berubah khususnya golongan kanak-kanak, remaja, belia dan golongan dewasa. Semuanya telah berubah seiring masa berlalu. Dulu sekitar era 80-an dan 90-an komputer susah untuk dibeli kerana harganya begitu mahal dan pada masa itu juga masih lagi ramai yang  belum celik IT dan pada masa itu juga aktiviti-aktivti luar lebih banyak dijalankan. Jika dibandingkan dengan sekarang ini, sudah ramai yang celik IT serta memiliki komputer riba atau Laptop dan orang-orang sekarag lebih tertumpu kepada Laptop. Biarkan gambar yang berbicara...

Dulu…….??








Kini….??











         Rasanya sedikit gambar tadi boleh jelaskan gaya hidup kita di dunia sekarang. Ciptaan manusia ada baik dan buruknya namun ciptaan Allah semua baik-baik sahaja dan terpulang bagaimana kita menggunakan sumber-sumber alam yang Allah kurniakan. Meskipun dunia berubah tetapi hukum Allah tetap tidak berubah dan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim tetap sama walaupun gaya hidup kita pada hari ini lebih banyak dipengaruhi dengan………...............................








       Oleh itu, walau banyak mana pun perubahan dunia pada masa kini. Namun harus diingat tugas kita kepada Ilahi sepertimana dalam firman Allah s.w.t  yang bermaksud:

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Surah Adz Dzariyat, Ayat 56)”

“Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja (sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mu’minun:115)

p/s: kita tidak selamanya berada di dunia ini…suatu hari nanti kita pasti akan kembali kepada yang Maha Mencipta…Wallahu alam..

      


         

0 comments:

Post a Comment