Menurut beberapa kajian yang telah dijalankan oleh saintis, kita di sarankan untuk tidur secukupnya agar badan kembali segar. Tapi saya akui bukan mudah untuk mendisiplinkan diri untuk tidur awal kerana saya sendiri pun adakalanya sukar untuk tidur awal. Apatah lagi ada kerja-kerja yang perlu di selesaikan dengan segera. Daripada hasil pembacaan saya melalui laman-laman yang terdapat di internet, menyatakan bahawa orang yang suka berjaga malam mudah berasa lapar dan rasanya kenyataan tersebut betul kerana saya sendiri turut merasainya setiap kali berjaga malam. Bukan saya sahaja yang alami mungkin orang lain yang turut sama mengalami keadaan sedemikian rupa kan...?
Jadi mulalah makanan-makanan ringan dicari atau diselongkar di dalam almari. terutama sekali bagi student yang tinggal di asrama. Air di masak dan lepas itu dituangkan ke dalam container yang berisi "MAGGIE" (apa2 pun jenama tetap di panggil maggie juga..), makanan segera seperti itulah menjadi pilihan sebab mudah, cepat dan senang di sediakan. Tambah-tambah lagi rasanya juga sedap....baiklah kali ni bukan mau cerita pasal apa itu definisi MAGGIE segala ya..tapi kali ni mau share kesan tidur lambat dan..dan...dan..arh..baca sajalah isi yang seterusnya, lepas baca faham juga tu kalau tidak faham juga bacalah ulang-ulang sampai faham..hehe..
Untuk pengetahuan (bagi siapa yang belum tahu) tidur yang sempurna ialah apabila kita nyenyak semasa tidur dan jika tidak tidur seperti itu racun atau toksik akan terkumpul dalam badan kita. Bila tidak cukup tidur sudah pasti akan mempengaruhi emosi dan juga tahap kesihatan kita. Baiklah ini merupakan punca-punca tahap kerosakkan hati kita:
1
Tidur terlalu lewat dan bangun
lambat adalah penyebab utama
2
Tidak buang air kecil di pagi
hari.
3
Terlalu banyak makan.
4
Tidak mengambil sarapan.
5
Mengambil terlalu banyak
ubat-ubatan.
6
Mengambil terlalu banyak bahan
pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
7
Mengambil terlalu banyak makanan
berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan
yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil
makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang
dalam keadaan betul-betul fit.
8
Mengambil
terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati.
Sayuran seeloknya harus dimakan mentah
atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu
sajian dan tidak disimpan.
Sekarang mari pula kita lihat bagaimana badan kita berfungsi mengikut masa seharian kita dari siang hinggalah ke malam:
Malam (9pm – 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de-
toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam
waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti
mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan
aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan
kesan negatif pada kesihatannya.
Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus
dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.
Tengah malam (1am – 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga
dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.
Tengah malam (3am – 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah
kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami
batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke
saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana
ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.
Awal pagi (5am – 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus
mengosongkan usus.
Pagi (7am – 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa
ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum
pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang
ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan
mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am
sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur
lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia
yang tidak diperlukan dalam tubuh.Tengah malam sampai 4am
juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Setiap masalah pasti ada penyelesaian oleh itu untuk mengatasi masalah tidur. beberapa cara atau kaedah yang boleh digunakan seperti...
1
Kosongkan Fikiran Dari Semua Perkara
Biasanya anda susah untuk tidur
kerana disebabkan oleh pemikiran anda sendiri. Anda mungkin menghadapi banyak
masalah yang sentiasa berlegar-legar dalam fikiran anda. Ianya pasti mengganggu
tidur anda yang boleh menyebabkan anda susah untuk mendapat tidur yang baik.
Jadi, anda perlu mengatasi masalah ini. Anda hendaklah cuba untuk mengosongkan
fikiran anda dari apa sahaja perkara. Memang agak sukar untuk melakukannya tapi
anda boleh cuba melakukannya. Cuba lupakan sekejap segala masalah, jangan
fikirkan perkara negatif, dan berfikirlah dengan tenang. Apabila fikiran anda
mulai tenang, anda pasti akan dapat tidur dengan baik.
2
Tetapkan Waktu Tidur Sama Setiap Malam
Waktu tidur adalah penting dalam
memberikan tidur yang baik kepada seseorang. Jika anda menghadapi masalah tidur
maka anda perlu menetapkan waktu tidur yang sama pada setiap malam. Jika pada
malam ini anda tidur jam 11 malam, esok pun anda kena tidur pada waktu yang sama.
Begitulah juga pada hari-hari yang seterusnya. Ianya bagi menetapkan satu
tabiat dalam diri anda untuk tidur pada waktu itu. Jika diamalkan selalu,
pemikiran anda telah ditetapkan untuk tidur pada masa tersebut.
3
Pastikan Tempat Tidur Nyaman Dan Selesa
Faktor persekitaran amatlah
mempengaruhi tidur seseorang. Tempat tidur yang baik akan dapat memberikan
tidur yang baik juga kepada kita. Anda sudah tentu sekali akan merasa tidak
selesa tidur jika tempat tidur anda itu kotor, berbau busuk, basah dan macam-macam
lagi. Ianya boleh mengganggu keselesaan anda tidur. Oleh itu pastikan tempat
tidur anda itu bersih dan selesa. Untuk lebih keselesaan pasang la kipas supaya
anda tidak berasa panas semasa tidur.
4
Elakkan Dari Bunyi Bising
Bunyi yang
terlalu bising boleh menganggu tidur seseorang. Bagi saya sendiri, adalah sukar
untuk tidur jika keadaan sekeliling yang bising. Saya pasti anda juga mengalami
situasi yang sama. Anda perlu elakkan dari tidur dalam keadaan yang bising.
Kalau boleh tutup terus sumber bunyi-bunyi yang bising seperti lagu-lagu yang
anda pasang di radio, handphone dan laptop anda. Jika anda mahu juga anda boleh
pasang dalam kadar tidak terlalu kuat. Mungkin lagu-lagu yang anda minat boleh membantu anda melelapkan
mata anda. Jika anda mendengar bacaan zikir dan Al Quran itu adalah
lebih baik.
5
Tutup Semua Sumber Cahaya
Cahaya yang terang adalah salah
satu faktor yang menyebabkan anda sukar untuk tidur. Saya sendiri memang sukar
untuk tidur jika cahaya lampu yang masih terbuka. Jika sumber cahaya yang
terlalu terang akan menyebabkan anda susah untuk melelapkan mata. Bagi
mengatasi masalah susah untuk tidur, anda hendaklah tidur dalam keadaan yang
gelap. Tutup semua lampu dalam bilik anda kalau boleh. Tidur dalam gelap akan
lebih cepat untuk anda melelapkan mata.
6
Baca Doa Sebelum Tidur
Tidurlah dalam
keadaan yang tenang dan mendapat keberkatan dari Allah. Itulah yang kita mahukan. Banyakkan berzikir dan berdoa
sebelum tidur supaya diberikan ketenangan oleh Allah. Lupakan segala
kerungsingan dalam diri anda dan banyakkan mengingati Allah. Sesungguhnya
dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang.
masalah sukar untuk tidur boleh diatasi namun itu semua bergantung kepada usaha kita sendiri bagaimana untuk mengatasi nya. Wallahu alam...
p/s: Sumber http://harianislam.com
0 comments:
Post a Comment